45 research outputs found

    Kemudahan, sikap dan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam kalangan guru-guru program pendidikan khas sekolah mengengah teknik di Malaysia

    Get PDF
    Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti sejauh mana kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang disediakan di sekolah dapat membantu perlaksanaan penggunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran, mengenal pasti sikap guru-guru dalam penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran, dan mengenal pasti tahap kemahiran guru-guru, terhadap penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini menggunakan keseluruhan populasi sebagai sampel kajian, iaitu seramai 53 orang guru-guru dari Program Pendidikan Khas yang bertugas mengajar di Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional Program Integrasi di Malaysia. Sampel terdiri daripada 27 orang guru lelaki dan 13 orang guru perempuan di lima buah Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional Program Integrasi di Malaysia. Soal selidik yang digunakan di dalam kajian ini diperoleh melalui kajian lepas yang telah diubahsuai. Melalui soal selidik tersebut, terdapat beberapa soalan telah diubahsuai agar bersesuaian dengan tujuan kajian yang dijalankan dan dapat menjawab persoalan kajian yang dikemukakan. Data kajian telah diproses menggunakan perisian Statiscal Process for Social Science (SPSS) versi 15. Hasil dapatan kajian dihuraikan secara deskriptif seperti taburan frekuensi, peratus, min dan sisihan piawai. Hasil kajian mendapati bahawa kemudahan TMK di Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional Program Integrasi di Malaysia adalah berada di tahap sederhana. Dapatan juga menunjukkan bahawa sikap guru dalam penggunaan TMK semasa proses pengajaran dan pembelajaran adalah positif. Selain itu, kajian ini juga mendapati bahawa tahap kemahiran dalam penggunaan pengajaran dan pembelajaran guru adalah pada tahap mahir dan pada item tertentu masih perlu dipertingkatkan ke tahap yang lebih tinggi. Kajian ini diharapkan mendapat perhatian Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam menyediakan latihan serta program berkaitan kemahiran menggunakan kemudahan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi bagi memastikan guru-guru sedia ada ataupun bakal-bakal guru benar-benar bersedia mengaplikasikan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Secara tidak langsung dapat melahirkan pelajar generasi baru yang celik teknologi maklumat dalam menempuh era siber yang lebih mencabar

    Keberkesanan modul asas keusahawanan bercirikan strategi pembelajaran masteri terhadap pelajar Orang Asli

    Get PDF
    Kajian ini adalah berbentuk eksperimen sebenar jenis ujian pra-pos yang bertujuan mengenal pasti keberkesanan modul asas keusahawanan yang bercirikan strategi pembelajaran masteri terhadap pencapaian dan tingkah laku keusahawanan pelajar Orang Asli. Pengukuran pencapaian dalam kajian ini dilakukan dalam konteks topik�topik yang dipelajari sepanjang tempoh rawatan. Manakala tingkah laku keusahawanan diukur berdasarkan penilaian kendiri pelajar ke atas empat konstruk tingkah laku keusahawanan yang berkait dengan interpretasi tingkah laku pelajar untuk menceburkan diri dalam keusahawanan berdasarkan kepada ilmu asas keusahawanan yang diperoleh semasa rawatan. Dua kumpulan responden yang terlibat dalam kajian ini adalah pelajar dalam kelas sedia ada yang dibahagikan secara rawak, terdiri daripada 80 pelajar Orang Asli di dua Pusat Latihan JAKOA (Jabatan Kemajuan Orang Asli) iaitu Pusat Latihan Paya Bungor Kuantan, Pahang dan Pusat GIATMARA JAKOA Damansara Damai Sungai Buloh, Selangor. Pembahagian pelajar dalam setiap kelas adalah secara rawak yang ditentukan oleh pihak pentadbir pusat latihan itu sendiri. Seramai 40 responden berada dalam kumpulan eksperimen (Pembelajaran Masteri-PM) manakala 40 responden dalam kumpulan kawalan (Pembelajaran Tradisional-PT). Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah terdiri daripada set ujian, soal selidik dan soalan temu bual berstruktur. Analisis data dilakukan dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferensi, seperti ujian-t sampel bebas, ANCOVA, MANOVA dan MANCOVA. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kumpulan PM memperoleh tahap pencapaian (effect size=0.56) dan perubahan tingkah laku keusahawanan (effect size=0.2) yang lebih tinggi berbanding kumpulan PT. Penggunaan strategi PM didapati berkesan terhadap perubahan tingkah laku pelajar berdasarkan data pemerhatian dan temu bual yang dijalankan. Kumpulan PM menunjukkan persepsi yang lebih positif terhadap peningkatan dan perubahan tingkah laku keusahawanan dalam kursus asas keusahawanan berbanding kumpulan PT. Kajian ini memberi implikasi terhadap amalan pendekatan pengajaran dan pembelajaran kursus asas keusahawanan di pusat latihan kemahiran di bawah kelolaan JAKOA. Oleh yang demikian inovasi dalam strategi pengajaran dan pembelajaran terhadap pelajar minoriti harus diberi perhatian. Ianya seiring dengan keperluan dalam pembangunan modal insan untuk melahirkan individu yang berkeupayaan memajukan diri dan menjadikan kehidupannya lebih berkualiti

    TAHAP CORE ABILITIES DALAM KALANGAN PELAJAR BIDANG KIMPALAN DAN FABRIKASI LOGAM ILP NEGERI JOHOR

    Get PDF
    Core Abilities is the core skills that should be present in every workers especially in a working situation. The globalisation era requires the mastery of Core Abilities towards employment of jobs, mainly in work force that consists of people who are knowledgeable, attitude and skilled. Therefore, the research is aimed towards surveying the mastery of Core Abilities among ILP students around Johor. Research samples include 105 students of final year certificates from “Kimpalan dan Fabrikasi Logam†course. This research used quantitative and the instrument used are questionnaires that are constructed based on the Core Abilities Stage 3 module that includes effective communication, ICT awareness, leadership skills, workplace ethics, administrator skills, and health and environmental awareness. The data of the research were analysed using the Statistical Package for Social Science (SPSS) software to calculate the percentage, min, standard deviation and T-Test. The research result shows that the mastery of Core Abilities with gender have yield results of high mastery of Core Abilities that are equal for both men and women. In conclusion, students need to master the Core Abilities to increase competition in the work opportunitie

    Alat pemantau jarak antara hujung sumpitan dengan benda kerja bagi kimpalan MIG

    Get PDF
    Kajian ini dilaksanakan khusus untuk membangunkan alat pemantau jarak antara hujung sumpitan dengan benda kerja bagi kimpalan MIG dan menguji dari segi kebolehfungsian alat pemantau jarak yang dibangunkan. Alat pemantau jarak di bangunkan dengan menggunakan teknologi pengaturcaraan “Arduino-Uno” di samping penggunaan komponen elektronik yang murah dan berkualiti seperti alat pengesan HCSR04 Ultrasonic. Alat pemantau jarak yang dibangunkan adalah berteraskan kepada model instruksional ADDIE. Bagi memastikan alat pemantau jarak ini boleh digunakan, maka pengesahan pakar telah dilakukan dengan pembabitan tenaga pakar dari aspek pendawaian, perisian, kualiti, dan mekanikal. Bagi menentukan penggunaan alat pemantau jarak ini berkesan maka kaedah eksperimen yang melibatkan ujian pra dan pos didedahkan kepada kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen bagi mendapatkan keputusan kajian. Kajian dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif bagi mendapatkan min dan sisihan piawai. Analisis Infrensi pula digunakan untuk tujuan penggunaan keputusan ANCOVA. Data-data yang dikumpul di analisis menggunakan perisian Statistical for Social Sciense (SPSS) version 16.0. Kesimpulannya, kajian ini membuktikan bahawa pengunaan alat pemantau jarak membantu responden menguasai kaedah penentuan jarak antara hujung sumpitan dengan benda kerja khususnya bagi kimpalan MIG

    KEBOLEHGUNAAN IQ STICK GAME TERHADAP PELAJAR MASALAH PEMBELAJARAN DALAM MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP

    Get PDF
    Teaching methods by games can pull students’ interest in learning and understanding the taught skills.Subject such as Living Skills is still lacking teaching tools that can assist teachers during teaching sessions. Hence, this research examines the effectiveness of IQ Stick Game on student interest in learning, the use of IQ Stick Game on learning comprehension, the IQ Stick Game (user-friendly), the procedures of the IQ Stick Game, and the applications of the IQ Stick Game in students’ creativity and critical thinking. The main purpose of this study is to investigate the achievements of problem students that applied the IQ Stick Game as a teaching tool in Life Skills subject. This study was designated by employing the quantitative true experiment. A total of 30 students of SK City learning problem were involved in this study and the data were collected using questionnaires. The gathered data was analyzed by using Statistical Packages for Science (SPSS) version 22.0 to obtain the mean value and the standard deviation. The results indicate that the level of student achievements had increased. Therefore, IQ Stick Game is proven to be a suitable teaching tool. This study manages to contribute in holistically enhancing the students’ achievements through the learning objectives targeting to the psychomotor, cognitive, and affective learning domain

    Kajian gaya pembelajaran dan motivasi terhadap pencapaian pelajar diploma kejuruteraan di politeknik

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti gaya pembelajaran yang dominan berdasarkan Model Felder dan Silvermann dan mengkaji aspek motivasi yang mendorong pembelajaran dalam kalangan pelajar diploma kejuruteraan di politeknik. Kajian tinjauan telah dijalankan dengan menggunakan soal selidik terhadap 291 orang pelajar diploma Kejuruteraan Elektrik. Data di kumpul dan dianalisis secara statistik deskriptif dan inferensi menggunakan ujian ANOVA satu hala. Dapatan kajian menunjukkan dimensi visual dan verbal merupakan gaya pembelajaran yang paling dominan dengan kecenderungan kepada sub skala visual. Manakala motivasi ekstrinsik pelajar adalah didorong oleh faktor keluarga. Tambahan lagi, gaya pembelajaran dengan pencapaian pelajar tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan. Implikasinya, pensyarah di politeknik secara umumnya perlu mempunyai kesedaran tentang penggunaan lebih banyak visual sebagai peneguhan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di samping keluarga perlu memainkan lebih banyak peranan dalam memotivasikan pelaja

    The element of research skills for the implementation of research by postgraduate students in Malaysia

    Get PDF
    Postgraduate research is more demanding of the ability of students to be independent, where throughout the process conducting research it is a challenging journey. This study was conducted to know the expert opinion about the research skills for postgraduate students in Malaysia. This study uses the Fuzzy Delphi Method to identify expert agreement about the elements of research skills. The total sample is 13 experts in the social sciences and humanities were selected using purposive sampling. Data were analysed based on the calculation of the Fuzzy set. This study found that the element of research skills are inference skills, research design skills, moral and ethical research skills, and integrity skills. The implementation of research skills for conducting research is expected to provide opportunities for students to increase the potential and personal qualities during their studies at the postgraduate level

    Knowledge, Attitude and Awareness Towards Research Practice Among Malaysian Premier Polytechnics Academics

    Get PDF
    Conducting research and implementing its findings is an important ongoing agenda to empower institutions of higher education in Malaysia. Despite ongoing efforts, the number of academics undertaking research activities in the technical and vocational higher education institutions namely, polytechnic education sector remains quite low. This study explored potential factors that may contribute to this situation namely, academics’ levels of research knowledge, awareness, and attitudes towards research practice.  A total of 317 of respondents were selected from the engineering and non-engineering academics in three polytechnics; the Sultan Ibrahim Polytechnic, Johor; the Ungku Omar Polytechnic, Perak and the Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Polytechnic, Selangor. Data were analysed using descriptive and inferential statistical technique for determining average mean scores and differences between means. The data analyses results indicate that academics has high level of research knowledge, positive attitudes and high awareness level towards research practice in the polytechnics. Furthermore, no difference is found between engineering and non-engineering academics. It is concluded that awareness, attitude and knowledge of research practice could not explain the low participations in research practice. &nbsp

    Tahap kemahiran generik pelajar Malaysia dalam proses pengajaran dan pembelajaran: kajian kes pelajar Institut Kemahiran Mara, Johor Baharu

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kemahiran generik pelajar di Institut Kemahiran Mara, Johor Baharu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini berdasarkan lima elemen kemahiran generik iaitu kemahiran komunikasi, kemahiran kepimpinan, kemahiran kerja berkumpulan, kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran etika dan profesional. Responden kajian terdiri dari 300 orang pelajar dalam pelbagai jurusan kejuruteraan di IKM, Johor Baharu. Kajian ini dilakukan secara kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Data kajian dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan perisian Statistical Packages for the Social Science (SPSS) untuk mendapatkan nilai min, sisihan piawai dan peratusan. Analisis inferens menggunakan ujian-t adalah untuk melihat perbezaan kemahiran generik terhadap jantina pelajar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kemahiran generik yang dikaji adalah tinggi di mana nilai min keseluruhan bagi kemahiran kerja berkumpulan ialah 4.08, kemahiran komunikasi ialah 4.06, kemahiran kepimpinan ialah 4.05, kemahiran menyelesaikan masalah ialah 4.05 dan kemahiran etika dan profesional ialah 4.03. Manakala ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan min yang signifikan bagi kemahiran generik terhadap jantina pelajar. Kajian ini penting kepada pihak Institut Kemahiran Mara dalam mengenal pasti tahap amalan kemahiran generik perlu ditingkatkan lagi dengan mempelbagaikan cara pengajaran dan pembelajaran yang berorientasikan pelajar

    Jig mata alat larik bersudut pada mesin canai meja

    Get PDF
    Projek ini membincangkan tentang proses mereka bentuk dan membangun alat pemegang mata alat untuk mesin larik dengan mengambil kira faktor ergonomik dan keselamatan. Menurut pengkaji terdahulu proses penghasilan mata alat adalah penting dan rumit bagi proses pemesinan sama ada ia beroperasi menggunakan komputer ataupun konvensional. Tujuan pembangunan mekanisma ini dibangunkan adalah untuk memudahkan kerja menyediakan mata alat mesin larik. Terdapat tiga kedudukan utama dalam mencanai mata alat; iaitu sudut sadak tepi, sudut sadak atas dan sudut telusan hadapan.Mesin canai meja menjadi peralatan utama dalam menyediakan jig, dengan menghasilkan jig mencanai mata alat. Pengkaji menerapkan Model ADDIE sebagai rujukan bagi setiap fasa pembangunan produk. Kajian awal dilakukan dengan temu bual, seterusnya rekaan di buat dengan melakar beberapa rekaan awal berpandukan parameter sedia ada dan rekaan yang tidak sesuai tidak akan dipilih. Rekaan akhirnya di analisis dalam dua bentuk instrumen, iaitu pengesahan pakar dan soal selidik untuk memastikan produk berjaya menepati objektif asal. Pada hujung penghasilan projek ini, ia telah menunjukkan kesemua parameter yang digunakan adalah berkadar langsung dengan kekasaran permukaan. Hasil keputusan instrumen kajian pakar diambil bagi mengolah perbincangan dan membuat kesimpulan terhadap produk ini. Penghasilan produk ini secara keseluruhan berjaya mencapai objektif dan persoalan kajian yang telah ditetapkan
    corecore